Search This Blog

Monday 26 March 2012

SEJARAH SAINS SUKAN MALAYSIA . . .

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1995, program Sarjana Muda Sains Sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dengan pengarah Pusat Sukan yang pertama, Profesor Khoo Kay Kim dan Timbalan pengarah, encik Megat Ahmad Kamaluddin bin Megat Daud. Mahasiswa yang pertama mendaftar program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya ialah SAIDOL MUNTOH ( saidolm@yahoo.com ), pencipta forum SSM ini, nombor matrik V195001, kini bertugas sebagai pensyarah Sains Sukan Pra Universiti di SMK Putatan, Sabah dan sedang membuat penyelidikan Phd di Universiti Malaysia Sabah. Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA menawarkan diploma Sains Sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. SEJARAH SAINS SUKAN MALAYSIA Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar- seminar Sains Sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran Sains Sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini KINI dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001 dan kini di peringkat STPM ( Pra U ).