Search This Blog

Tuesday 8 May 2012

PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA

Bola sepak

Bola sepak mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1825 oleh askar – askar Inggeris. Bola sepak merupakan satu – satunya permainan pertama dari luar yang dibawa masuk ke negara ini. Pada tahun 1905, Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan. Stadium pertama yang dibina ialah Stadium Merdeka yang menelan belanja sejuta ringgit. Bersempena dengan pembukaan Stadium Merdeka dan sebagai menyambut Hari Kemerdekaan satu Pesta Bola Merdeka telah diadakan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. Kini, bola sepak merupakan permainan utama di dunia dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat. Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang paling diminati yang diadakan empat tahun sekali. Negara seperti Brazil, Itali, Perancis dan England adalah negara terkuat dalam arena bola sepak. Bola sepak juga kini dijadikan permainan secara komersil yang mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pemain dan kelab – kelab.

  Hoki
          
Nama asal hoki atau hockey tidak diketahui asal sebenarnya. Namun menurut catatan, permainan ini dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila pertama kali diperkenalkan di England.Permainan hoki diperkenalkan ke Negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di Negara kita, iaitu di antara negeri Selangor dan Singapur.Mulai tahun1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di Negara kita. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dan perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan, iaitu diantara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan negeri-negeri Selat.


Gimrama ( Gimnastik Berirama ) 

Perkembangan gimrama di Malaysia adalah bermula diperingkat sekolah. Latihan gimrama tidak ditawarkan di mana – mana tempat pada mulanya. Gimrama telah dimulakan sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun 1982, di mana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur dibawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun 1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan dibawah Persekutuan Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru – guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor tempatan.Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seornag jurulatih dari Australia untuk mengadakan program intensif selam setahun. Seramai 300 oarang jurulatih dapat dihasilkan. Pada tahun yang sama juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama pada peringkat kebangsaan yang pertama, pada tahun 1985. sebanyak 30 pasukan dari seluruh Negara telah menagmbil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya pula dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut 5 pingat emas melalui Faiznur Miskin. Selain itu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam kejohanan empat benua untuk memperolehi pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Sedunia di Alicante, Sepanyol.Dari aspek kepegawaian, kursus kehakiman peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1987 oleh seorang pakar dari Australia, Cik Karen Ho. Seramai 20 orang hakim kebangsaan telah dihasilkan. Pada tahun 1989, satu Kursus Kejuruhakiman Peringkat Antarabangsa telah diadakan dan dikendalikan oleh seorang jurulatih dari (FIG), Puan Yoshiko Kamo untuk menyediakan juruhakim tempatan ke Sukan SEA 1989. Setakat ini, boleh dikatakan gimrama di Malaysia sudah meningkat, selaras dengan adanya Persatuan Gimnastik Asia Tenggara (SEAGON) yang ditubuhkan dan bertempat di Jakarta pada tahun 1989.

Ragbi

Mengikut catatan, permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai – pegawai Eropah telah menjalankan latihan di Padang Stesen Seremban. Kemudiannya tertubuhlah kelab ragbi pertama di negara ini yang mendaftarkan seramai 50 orang ahli. Dari Negeri Sembilan, ragbi terus berkembng ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers di Perak, The Penang Asians dan  Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara . Pertandingan ini diteruskan setiap tahun sehingga tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.


Renang

Pada awal abad kedua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang. Oleh sebab minat rakyat terhadap renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah Penang Seimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936. kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini deteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas Perang dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat pertama kalinya menyertai Sukan Olimpik de Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam Lima jenis acara sukan iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amuateur Swimming Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan Kejohanan Asia.


Rowing

Pada 1990, Sukan Rowing mula diperkenalkan di negara ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengesyorkan agar Sukan Rowing diperkenalkan kepada penuntut-penuntut Pusat Pengajian Tinggi. Kementerian Belia dan Sukan merancang dan melaksanakan program Sukan Rowing seperti Siri Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian serta Kursus Asas Sukan Rowing khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi dari semua universiti. Adalah diharapkan Sukan Rowing akan dapat dikembangkan kepada segenap lapisan rakyat negara ini apabila rancangan pembinaan Pusat Rekreasi dan Sukan Air Kebangsaan di Empangan Batu, Gombak, Selangor Darul Ehsan terlaksana.Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) telah ditubuhkan pada 23 Jun 1992 setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan dan menjadi Ahli Gabungan Persekutuan Mendayung Antarabangsa (FISA). Pada 20 Mei 2002, PERDAMA telah mendaftar semula berikutan semua persatuan sukan dikehendaki berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. PERDAMA mula memperkenalkan Sukan Rowing dikalangan penuntut-penuntut Universiti dan kemudiannya baru didedahkan ke peringkat negeri dengan pergi ke setiap negeri mengikut zon (utara, timur, selatan, tengah). Aktiviti rowing di Malaysia adalah berpusat di Empangan Batu, Gombak, Selangor.




Beberapa kem penggerak, kejurulatihan dan kepegawaian telah dijalankan setiap tahun bagi memenuhi keperluan dan perkembangan pembangunan tenaga pakar yang dikendalikan oleh PERDAMA dan membawa tenaga pakar dari FISA. PERDAMA juga melatih atlit-atlit Sukan Rowing untuk kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA (Rowing), SEARF Rowing Championships.           Kini Sukan Rowing telah berkembang di Malaysia dengan wujudnya persatuan Rowing di peringkat negeri seperti Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Putrajaya. Universiti-universiti pun sudah mempunyai kelab dan persatuan Rowing mereka sendiri.

 Skuasy

Permainan skuasy telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang – orang Inggeri yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920an. Pada masa itu, ia dimainkan di kelab – kelab oleh orang – orang kulit putih sahaja. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat Negara ini selepas perang dunia ke-2. Selepas tahun 1960an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati sehingga ada sekolah – sekolah dan persatuan – persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan – kejohanan skuasy mula dianjurkan samada diperingkat sekolah, kelab atau jabatan. Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah pesatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Dato’ Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Oleh itu, tertubuhnya beberapa persatuan skuasy negeri termasuklah Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti yang dianjurkan oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1939 dan Pertandingan Piala Tiger pada tahun 1966.


Tenis

Permainan tenis yang merupakan permainan yang menggunakan bola dan raket sudah mula dimainkan sejak zaman purba lagi iaitu Mesir dan Greek. Permainan tennis mula diperkenalkan pada awal abad ke-20. persatuan tennis Malaysia (LPAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untukl merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Piala Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa pula dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tennis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.

Sukan Bermotor

Sukan ini bermula sebelum berlakunya perang dunia pertama yang dibawa oleh Bristish. Namun tiada rekod bertulis yang dicatatkan mengenai perlumbaan awal ini kerana ianya hanya berlangsung dikalangan masyarakat setempat dan tidak mempunyai pertubuhan yang tertentu. Malahan sukan ini tidak mendapat sambutan dikalangan masyarakat tempatan. Johor merupakan negeri yang pertama didedahkan dengan sukan bermotor kemudian diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Pada masa itu juga, tidak terdapat litar yang sesuai untuk perlumbaan. Litar lumba hanya dibina selepas perang dunia ke-2. K. N. Yong merupakan salah seorang antara yang pertama melibatkan diri dalam sukan bermotor ini. Pada tahun 1967, Malaysian Motorsport Club, menubuhkan Litar Batu Tiga. Dengan ini, sukan bermotor di Malaysia lebih teratur dan semakin meluas di Negara kita. Pada tahun 1986, litar lumba antarabangsa dibina di Pasir Gudang, Johor. Litar Antarabangsa Sepang dirasmikan oleh Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Mac 1999. Litar ini disiapkan dalam masa 14 bulan dengan kepanjangan 5.543 km dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang terkini.

No comments:

Post a Comment