Search This Blog

Wednesday 9 May 2012

TOKOH-TOKOH SUKAN

TOKOH-TOKOH SUKAN DI MALAYSIA

1.       BADMINTON

Nama: Rashid sidek
Lahir: 8 Julai 1968 , Banting, Selangor, Malaysia

Jawatan:
1) Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (mulai 1996 hingga 31 Disember 2002)
2) Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri ( mulai 1 Januari hingga sekarang)
3) Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia ( mulai 1 Januari 2003 hingga sekarang)
4) Ketua Jurulatih Junior Persatuan Badminton Malaysia (mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang)


Pencapaian beliau:
1)   1990- Juara perseorangan terbuka Malaysia
2)   1991- Juara Perseorangan terbuka Malaysia
3)   1992- Juara Perseorangan Terbuka Malaysia, Juara berpasukan Piala Thomas, Juara Perseorangan Akhir  Grand Prix Dunia. Juara Perseorangan ABC.
4)   1994- Juara Perseorangan Piala Sukan Komanwel.
5)   1995- Juara Perseorangan Terbuka Brunei
6)   1996- Juara Perseorangan Piala Asia dan Juara Perseorangan Terbuka Jerman.
7)   2004- Tenaga Jurulatih Piala Thomas/Uber Malaysia dan Tenaga Jurulatih ke Sukan Olimpik 2004, Athens
8)   2005- Tenaga Jurulatih ke kejohanan ABC Junior, Jakarta (naib juara wanita Berpasukan)

2.        BOLA SEPAK

Tunku abdul rahman
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istemewa di sebalik kejayaannya. Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga (Istana Kota Lama) Alor Setar, Kedah
Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan. Mempunyai banyak hobi termasuk menunggang kuda, memancing ikan dan memasak.
Meminati bidang sukan sejak kecil terutama menunggang kuda dan bermain golf. Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati. Pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu, Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Febuari, 1954. Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.


Mokhtar Dahari
Mokhtar Dahari dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak. Beliau telah berkecimpung dalam dunia bola sepak selama 17 tahun tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama Negara di peringkat antarabangsa. Mokhtar telah menerima Anugerah Olahragawan kebangsaan pada tahun 1976. Beliau telah mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila telah menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia sekaligus membantu Negara memenangi pingat gangsa. Pada tahun 1977 pula beliau telah membantu Malaysia mendapatkan pingat emas dalam Sukan Sea pertama apabila Malaysia menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Pada tahun 1978, jaringan emas Mokhtar telah mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B. pada tahun 1979 mokhtar telah mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan Mengalahkan Indonesia 1-0 dalam perlawanan akhir. Mokhtar telah meninggal pada 11 julai 1991.


3.     Ekspedisi Everest

          Sekumpulan rakyat Malaysia telah mengikuti ekspedisi Everest untuk menawan puncak gunung Everest. Gunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,850 meter. Akhirnya dua daripada pendaki telah berjaya sampai ke puncak Gunung Everest pada 23 Mei 1997. kedua-dua mereka ialah N. Mohanadas dan m. Magendran yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest. Mereka telah berjaya mengatasi pelbagai halangan semasa mendaki seperti angina kencang serta suhu di bawah paras beku. Sokongan padu daripada semua rakyat Malaysia telah memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan cabaran kepuncak Everest. Kejayaan kumpulan ekspdisi Everest ini mendorong rakyat Malaysia untuk menceburi sukan lasak bersesuaian dengan slogan “Malaysia Boleh”.

4.     Ekspedisi Kutub Utara

          Adik-beradik Read, iaitu Gerald Read (25 tahun) dan Justin Read (19 tahun) telah berjaya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila rakyat Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di Darjah Kutub Utara. Gerald dan Justin mencipta sejarah gemilang tersebut pada 20 April 1999 jam 7:27 pagi waktu Malaysia. Selain daripada mencatat rekod sebagai rakyat Malaysia yang pertama melakukan misi itu, Justin yang baru berumur 19 tahun mungkin akan mencatatkan rekod sebagai peserta termuda yang berjalan di kutub itu. Kedua-dua mereka terpaksa menempuhi angina kencang dan kawasan berair semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi yang berjarak 111 kilometer sepanjang Darjah Kutub Utara Geografi.


5.        Olaraga

Dr. M. Jegathesan dilahirkan pada 2 November 1943 di Ipoh, Perak. Pencapaiannya di dalam sukan bermula apabila telah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m dengan catatan 10.3s. pencapaian itu telah membuatkannya perlari terpantas di Asia semasa dalam pertandingan “Asia Games” pada tahun 1966. beliau telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dalam acara 200m di sukan olimpik pada tahun 1964 (Tokyo) dan 1968 (Mexico). Dia juga telah berjaya mendapatkan pingat emas dalam acara 400m, 200m dan 4X400m dalam SEAP Games 1961, 1962 dan 1966. segala kerja keras dan pencapaiannya telah membuatkan Malaysia bangga.

6.     Pelayaran Mengelilingi Dunia

          Pada 2 Febuari 1999, Datuk Azhar bin Mansor telah memulakan pelayaran mengelilingi dunia bersendirian dengan kapal layer ‘Jalur Gemilang’ bermula dari Awana Porto Malai Langkawi. Pelbagai cabaran dapat diatasi dengan kegigihan dan keberanian beliau. Antaranya angin kencang yang hampir menenggelamkan Jalur Gemilang dan tiang layer patah dipukul ribut. Hasil dorongan yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, perdana menteri Malaysia ketika itu, beliau berjaya menamatkan pelayaran ‘Jalur Gemilang’ selama 6 bulan. Beliau tiba di tanah air pada 11 ogos 1999, pada pukul 11:40 malam. Kejayaan Datuk Azhar bin Mansor sesuatu yang harus dibanggakan oleh rakyat  Malaysia. Keazaman dan semangatnya yang kental untuk menghadapi cabaran ketika di lautan dalam usahanya mengelilingi dunia harus diteladani.


7.     Penerjunan Kutub Utara

          Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara merupakan satu usaha untuk membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan Negara-negara maju di dunia. Seramai 16 orang rakyat Malaysia termasuk seorang wanita menjadi kumpulan orang Asia pertama terjun dari kapal terbang di Kutub Utara. Suhu Kutub Utara ketika itu berada pada paras 15 darjah Celsius bawah paras beku. Mereka juga berjaya mendaratkan kereta nasional Proton Wira 1.5. kecekalan mereka menghadapi pelbagai cabaran semasa berada di sana membuktikan rakyat Malaysia mampu berdaya saing.

No comments:

Post a Comment