Search This Blog

Tuesday 8 May 2012

AGENSI,SEKOLAH DAN KOMPLEKS SUKAN DI MALAYSIA

Sukarelawan yang terdiri daripada ahli gabungan Majlis Sukan Olimpik merupakan organisasi yang membantu menjalankan pembangunan sukan di Negara kita. Peranan mereka inilah yang bertanggungjawab dalam memajukan sukan dan menggalakkan program sukan melalui perancangan sukan dan sebagainya. Terdapat beberapa agensi yang terdapat di Malaysia iaitu antaranya adalah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).


 1 .    Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

          KBS telah wujud pada tahun 1964 sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan (KKBS). Dalam tahun 1965, bahagian sukannya telah dipertanggungjawabkan peranan menguruskan kegiatan sukan pada keseluruhannya. Pada tahun 1981-1982, tanggungjawab ke atas sukan prestasi tinggi telah berpindah ke Majlis Sukan Negara (MSN) setelah mula aktif. Namun bahagian Sukan KBS telah memainkan peranan dalam mengembangkan sukan dan rekreasi yang melibatkan masyarakat secara beramai-ramai untuk menuju kea rah dasar Sukan Untuk  Semua di bawah cogan kata MALAYSIA CERGAS.


Carta organisasi bahagian sukan.

1)   Cawangan penggalakkan.
-mengadakan pogram latihan kepimpinan penggerak sukan, rekreasi
 dan kecergasan,
-memperkenalkan konsep dan idea Malaysia Cergas’ sebagai
 amalan hidup yang aktif dan sihat.
-mengorientasikan nilai dan sikap kesukanan bagi membantu
 menyelesaikan masalah social,
-menggalak dan membangun ‘sukan untuk semua’ dalam usaha
 meningkatkan penyertaan rakyat.
2)   Cawangan Perkhidmatan.
-merancang pembangunan kemudahan dan membekal peralatan sukan
 untuk penyertaan yang lebih luas,
-mewujudkan perhubungan berkesan dengan pertubuhan-pertubuhan
 sukan, rekreasi dan kecergasan.
3)   Cawangan Penyelidikan.
-menguruskan latihan dan kerjaya pagawai atau kakitangan,
-membuat kajian dan dokumentasi dalam aspek kemajuan sukan,
 rekreasi dan kecergasan.
4)   Pusat Sukan.
-menyediakan khidmat kepakaran dalam pembelajaran dan latihan
 sukan, rekreasi dan kecergasan.
-menggalakkan penyertaan ramai daripada berbilang kaum melalui
 penyediaan kemudahan sukan, rekreasi dan kecergasan.



2.     Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).

          Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancaran rasminya telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Febuari 1972. pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan Negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat sekarang ini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tinggi.


Misi

          Majlis Sukan Negara Malaysia akan memainkan peranan yang aktif untuk menjadikannya sebagai agensi utama yang bertanggungjawab ke arah pelaksanaan program pembangunan sukan di Negara ini. Ini selaras dengan objektif utama Dasar Sukan Negara. Dasar ini menepkan Majlis Sukan Negara Malaysia diberi tugas dengan mengambil langkah yang perlu dalam mencapai kecemerlangan SUKAN hingga ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen, di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej Negara.

Visi

          Selaras dengan perkembangan semasa dan hasrat kerajaan untuk menerapkan BUDAYA SUKAN dalam segenap lapisan masyarakat di Negara ini, MSN terus mengorak langkah mempertingkatkan lagi program dan aktivitinya bagi mencapai matlamat berikut:


MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN DAN KEMERIAHAN SUKAN NEGARA DARIPADA PERINGKAT AKAR UMBI HINGGALAH KE TAHAP KECEMERLANGAN  MELALUI GABUNGAN LIMA TERAS UTAMA, IAITU
KEPIMPINAN KERAJAAN,
KESUKARELAAN PERSATUAN SUKAN,
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEKTOR SWASTA,
MINAT DAN PENGHAYATAN MASYARAKAT
SERTA KOMITMEN ATLET.



Objektif Majlis Sukan Negara:
1)   Memajukan dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
2)   Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbiran sukan tempatan.
3)   Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah.
4)   Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.
5)   Memperuntukan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan kea rah peningkatan prestasi yang tinggi.
6)   Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
7)   Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negari dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan peringkat kebangsaan.
8)   Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis.
9)   Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia.


Tugas MSN mengikut Akta 1971 adalah:
1)   Memberi nasihat kepada menteri tentang perkara-perkara yang berhubung dengan sukan.
2)   Menyelaras kegiatan-kegiatan sukan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.
3)   Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara dan dasar untuk memajukan sukan dan melaksanakannya jika diluluskan.
4)   Menggalakkan penyertaan dalam sukan di dalam dan luar Negara.
Aktiviti Utama Majlis Sukan Negara:
-      Program Pembangunan Atlet
-      Khidmat Sains dan Perubatan Sukan
-      Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
-      Pengurusan dan Kepagawaian Sukan
-      Kemudahan Sukan
-      Skim Penggalakkan dan Anugerah Sukan
-      Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

3.     Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
          MSSM ditubuhkan pada bulan Febuari 1958 dan juga dikenali sebagai Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. Namun pada tahun 1968, setelah kementerian Pelajaran telah mengambil alih pentadbiran majlis, ia ditukar kepada MSSM.
Tujuan-tujuan MSSM ditubuhkan:
1)    untuk menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti sukan dalam semua Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri di Malaysia.
2)    Untuk mengelola dan menjalankan semua aktiviti permainan dan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah antara negeri dan di peringkat antarabangsa.
3)    Untuk mengelola dan menjalankan kursus-kursus bagi jurulatih sekolah dan latihan berdasarkan pusat bagi para atlit sekolah di peringkat antarabangsa.
4)    Untuk menyelaraskan segala peraturan dan undang-undang pertandingan permainan dan sukan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.
5)    Untuk memajukan dan meninggikan taraf sukan keseluruhannya di Malaysia dengan berdasarkan kepada tujuan-tujuan di atas. 



4.     Majlis Olimpik Malaysia (MOM).


          Majlis ini telah ditubuhkan pada tahun 1953 dan sehingga kini MOM mempunyai 31 ahli gabungan. Majlis MOM terdiri daripada 10 orang ahli. MOM mempunyai dua peranan yang besar dalam pembangunan dan penggalakkan sukan di Malaysia. MOM bertanggungjawab dalam mengambil bahagian yang aktif dalam pertandingan  sukan antarabangasa yang diiktirafkan oleh Internasional Olympic Commision (IOC). Sukan-sukan yang terlibat dalam IOC adalah Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. MOM juga memainkan peranan yang penting dalam mencari atlit-atlit yang berkebolehan untuk mewakili Negara serta menghantar para atlit untuk bertanding di peringkat luar Negara. Selain itu, MOM juga telah membuat kursus kejurulatihan terhadap para jurulatihan tempatan. justeru kursus ini telah melahirkan ramai jurulatih bertauliah pada peringkat antarabangsa.

Objektif-objektif MOM adalah seperti berikut:
1)   Untuk menggalakkan dan memajukan semua kegiatan sukan amatur di Malaysia.
2)   Bertindak sebagai badan penyelaras semua kegiatan sukan amatur di Malaysia.
3)   Untuk mengelola Sukan Olimpik, Sukan Daerah atau Sukan antara Daerah di samping menaja pasukan-pasukan yang mewakili Malaysia untuk mengambil bahagian dalam sukan.
4)   Menetapkan mutu kelayakan dengan berunding bersama pertubuhana sukan kebangsaan dan memilih pasukan yang sesuai untuk menyertai di dalam sukan.
5)   Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan untuk mengelola dan mengawal pasukan-pasukan yang mewakili Negara di Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA, Sukan Komanwel dan lain-lain pertandingan yang diiktiraf oleh IOC. Ia menguruskan hal kewangan, alat kelengkapan, pengankutan dan tempat penginapan.
6)   Mengutip yuran dan menerima sumbangan daripada orang awam untuk mentadbir kumpulan wang dalam menjayakan sukan-sukan amatur kebangsaan.

  
5.   Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

Sekolah ini telah diwujudkan sejak tahun 1996, bagi menjana atlet remaja untuk dinobatkan menjadi ahli sukan professional dan memastikan mereka setaraf dengan atlet-atlet di seluruh dunia dan tidak hanya bergelar ‘jaguh kampung’. Para pelajar yang bersekolah di sekolah tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pada masa yang sama, terdapat pelajar yang menuntut bidang prauniversiti yang merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia. Pemilihan pelajar bagi kemasukan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dibuat berdasarkan pencapaian mereka dalam sukan di sekolah rendah dan kelayakan akademik.

            Jadual latihan dan pelajaran akademik telah diatur oleh pihak sekolah bagi membolehkan pelajar di SSBJ mengikuti latihan mengikut bidang sukan yang mereka fokuskan di bawah kendalian jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah. Seawal jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi, para pelajar akan menyertai kelas latihan sukan masing-masing dan akan berehat selama sejam selepas itu. Bermula pukul 10.00 pagi hingga 2.30 petang para pelajar akan mengikuti kelas akademik dan akan menyambung latihan pada 2.30 petang hingga 7.00 malam, manakala mulai jam 8.30 hingga 10.30 malam para pelajar SSBJ akan mengikuti kelas akademik yang dikendalikan oleh guru-guru.


          Para pelajar di SSBJ merupakan atlet muda dalam sukan akuatik, badminton, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, lumba basikal, ekuestrian, gimnastik artistik, gimrama, golf, hoki, kriket, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, ragbi, sepak takraw, skuasy dan tenis. Menyentuh pencapaian pelajar dalam peringkat sukan antarabangsa, atlet di SSBJ telah beberapa kali menyumbangkan pingat kepada negara seperti Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998, 20 atlet SSBJ mewakili Malaysia dalam tujuh jenis sukan dan telah menyumbangkan satu pingat emas dan satu pingat perak.

          Pada tahun 1999, semasa temasya sukan SEA ke-20 di Jakarta, Indonesia seramai 15 atlet SSBJ mewakili Malaysia dan telah berjaya menyumbangkan tujuh pingat emas, tujuh pingat perak, dan tiga pingat gangsa. Semasa  sukan SEA yang ke-21 diadakan di Kuala Lumpur, 57 atlet SSBJ telah mewakili Malaysia dan telah menyumbangkan 28 pingat emas, 15 perak dan 13 gangsa yang sekaligus telah menjadikan Malaysia muncul juara keseluruhan. Manakala semasa sukan komanwel di Manchester pada tahun 2002, lapan atlet SSBJ telah bertanding dalam tiga jenis sukan dan berjaya meraih satu pingat emas dan satu pingat perak.  

6.     Sekolah Sukan Malaysia  Bandar Penawar (SSMBP)

Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 32.6 hektar atau 80 ekar dan terletak 95 kilometer dari Bandaraya Johor Bharu atau 45 kilometer dari Bandar Kota Tinggi dan  7 kilometer dari Pusat Peranginan Desaru. Sekolah yang siap pembinaannya pada bulan Disember 1997 ini telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 18 Januari 1998 dan dalam masa pembinaannya sekolah ini telah menerima pendaftaran untuk atlet seramai 143 orang. Dianggarkan seramai  600  orang pelajar melanjutkan pelajaran mereka di SSMBP pada tahun 2002.

        Acara sukan dan permainan yang ditawarkan pada peringkat awal ialah  hoki, sepak takraw, gimnastik, gimrama, renang, terjun, bola sepak, dan bowling. Idea  penubuhan sekolah ini adalah berdasarkan Sekolah Sukan Ecole de Mortge, di Kanada yang beroperasi pada tahun 1985 dan Sekolah Sukan Raguna, Jakarta Indonesia yang diasaskan  pada tahun 1996.
                  
Perancangan  dan pelaksanaan SMMBP ialah;
1)  Sukan merupakan satu komponen dalam pendidikan di sekolah.
2)  Sukan adalah satu saluran yang berkesan untuk menanam dan memupuk   persefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar-pelajar di negara ini.
3)  Sukan penting untuk kesihatan, perkembangan jasmani, rohani, emosi dan fizikal.
4) Sukan merupakan salah satu bidang yang dapat membantu mencapai proses pembangunan negara dan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

7.    Akademi Sains Sukan Malaysia (MSSA)

Akademi Sains Sukan Malaysia telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Febuari 2005. Ia ditubuhkan bagi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara.
         
          Selain itu, ia juga ditubuhkan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang Sains, pengurusan, kejurulatihan, dan perubatan sukan di kalangan jurulatih dan pentadbir tempatan, ianya direalisasikan menerusi kerjasama yang dijalinkan dengan Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA). Manakala, program yang ditawarkan di Akademi Sains Sukan Malaysia adalah bermula pada tahap sijil, diploma, ijazah, sarjana hingga kedoktoran dan sasaran akademi ini bukan sahaja terhadap pentadbir sukan, malah kepada guru-guru sekolah.          

Kewujudan sekolah sukan di Malaysia telah membuktikan peningkatan penampilan lebih banyak atlet yang digelar ‘jaguh kampung’ untuk dijadikan ‘jaguh dunia’. Di sekolah inilah bakat mereka digilap memandangkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi adalah strategi untuk melonjakkan sukan negara ke tahap lebih tinggi dan melahirkan jaguh sukan negara.
      
          Selain itu, penawaran Program Sains Sukan di peringkat universiti tempatan juga satu lagi langkah yang dibuat oleh kerajaan bagi memberikan pendidikan yang tinggi kepada atlet kita dan mengeluarkan pentadbir serta jurulatih yang berkelayakan untuk memajukan mutu sukan negara. Dengan mengorak satu lagi langkah iaitu penubuhan Akademi Sains Sukan Malaysia, telah membuktikan betapa kerajaan kita begitu komited untuk memajukan sukan negara dan melahirkan lebih ramai lagi penggiat dalam bidang sukan yang mempunyai kelayakan.

          Namun setelah apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara, diharap para atlet kita akan berusaha untuk mengharumkan nama negara dengan memenangi setiap acara sukan yang disertai dan seterusnya dapat bersama dengan kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara dan merealisasikan impian kerajaan dan peminat sukan negara, ‘majulah sukan untuk negara’.

8.     Kompleks Sukan Kebangsaan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Kebangsaan Bukit Jalil mempunyai kemudahan-kemudahan bagi aktiviti sukan dan juga acara-acara semasa lapang. Kompleks sukan ini terdiri daripada 3 bangunan utama iaitu Stadium Putra dan Pusat Akuatik, Stadium serbaguna tertutup dan bahagian tempat duduk. Setiap bangunan dibina berdasarkan standard antarabangsa dengan teknologi terkini dan peralatan sukan yang maju. 

No comments:

Post a Comment