Search This Blog

Tuesday 8 May 2012

KEJOHANAN-KEJOHANAN SUKAN

KEJOHANAN-KEJOHANAN SUKAN

1.     MASUM

          Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah ditubuhkan pada 1974 di atas inisiatif pegawai-pegawai sukan pada ketika itu untuk mengadakan sukan di kalangan kakitangan universiti tempatan. Pertandingan ini adalah merupakan permulaan terhadap pembangunan kesukanan di antara universiti tempatan dan pada tahun berikutnya (1975), sukan di antara pelajar universiti diadakan. Pada tahun 1981, Gabungan Universiti Malaysia (GUM) du tubuhkan hasil daripada inisiatif Timbalan-timbalan naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika itu. Sebelum penubuhan GUM, semua aktiviti sukan du IPTA dikendalikan secara ad-hoc di kalangan IPTA. Nama GUM telah ditukarkan ke Majlis Sukan Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Malaysia MASUIPTM) pada tahun 1983. pada tahun 1985, nama MASUIPTM telah ditukar secara rasmi dan dinamakan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

          Matlamat MASUM ialah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran kendiri, berpengetahuan dan cemerlang dalam sukan. Pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan berbakat di dalam bidang sukan akan di latih serta didedahkan ke peringkat antarabangsa melalui program usahasama dan pertangdingan yang dianjurkan seperti Sukan Universiti Asia, Asean dan Dunia.

Kekuatan MASUM

-          Dengan adanya MASUM, pertandingan-pertandingan peringkat antara universiti dapat dianjurkan dan diselaraskan. Dengan itu atlet-atlet universiti dapat mengukur dan mempertingkatkan tahap kecermelangan masing-masing.
-          Mendapat undangan ke kejohanan peringkat kebangsaan- melalui penglibatan dalam kejohanan peringkat yang lebih tinggi MASUM memberi peluang dan pendedahan kepada atlitnya. Disamping itu nama MASUM dapat diketengahkan melalui penyertaan ini.
-          Pengiktirafan sebagai badan sukan- penyertaan MASUM di SUKMA ke-2 telah menunjukkan bahawa MASUM mula mendapat pengiktirafan daripada badan-badan sukan kebangsaan lebih-lebih lagi daripada Majlis Sikan Negara (MSN).
-          Mempunyai kepakaran- para pegawai sukan universiti mempunyai sijil kejurulatihan dan pengadilan yang diperakui. Dengan itu, MASUM menjadi sumber rujukan atau bantuan kepada agensi/pertubuhan yang memerlukan kepakaran.
-          Mendapat sokongan peribadi Menteri pendidikan dan Menteri Belia dan Sukan- komitmen yang ditunjukan oleh kedua-dua menteri terhadap kemajuan MASUM memang tidak dapat dinafikan, banyak permohonan bantuan daripada MASUM telah diluluskan oleh kedua-dua kementerian./
-          Mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)- dengan adanya wakil dari KBS, MSN dan MSSM ini di dalam MASUM, menunjukan bahawa MASUM mendapat sokongan daripada badan sukan yang tertinggi dalam Negara. Diharapkan MOM juga turutmenyokong MASUM.
-          Kemudahan sukan- walaupun MASUM tidak mempunyai kemudahan sukan tersendiri, kemudahan sedia ada di IPT sudah cukup canggih, secara terkumpul, kemudahan sukan MASUM terangkum dalam suatu rangkaian.

Senarai Keahlian MASUM:
-          Universiti Malaya (UM)
-          Universiti Sains Malaysia (USM)
-          Universiti Putra Malaysia (UPM)
-          Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
-          Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
-          Universiti Teknologi Mara (UiTM)
-          Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
-          Universiti Utara Malaysia (UUM)
-          Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
-          Universiti Malaysia Sabah (UMS)
-          Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
-          Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
-          Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
-          Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
-          Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)
-          Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)
-          Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUTKEM)

 2.     SUKAN SUKMA

          Sukan Malaysia dengan ringkasnya SUKMA adalah acara kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Majlis-majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia. SUKMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition) dan berkonsepkan ‘Mini Sukan Olimpik’ di Malaysia yang melibatkan atlit remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

          Cadangan menganjurkan Sukan Malaysia telah dibuat oleh Y.B. Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia pada pertengahan tahun 1984. Pada mulanya Sukan Malaysia telah dicadangkan supaya diadakan pada 15 Ogos – 2 September 1985 dengan melibatkan 6 jenis sukan sahaja iaitu Olahraga, Tenis, Bola Tampar, Lumba Basikal, Ping Pong, dan Sepak Takraw.
         
          Cadangan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak dan satu cadangan balas telah dikemukakan. Cadangan baru ini melibatkan lebih banyak sukan serta pihak swasta dalam usaha mengumpulkan kewangan yang cukup. Cadangan ini kemudiannya telah dikemukakan kepada Lembaga Pengurus pada 5 Februari 1985, yang telah memutuskan supaya penganjuran SUKMA untuk pertama kalinya diadakan pada tahun 1986 dengan memakai konsep “Malaysia Incorporated” sambil mengambil kira peraturan – peraturan sukan amatur.

          Sebuah Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Pengelola telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan dan telah mengadakan mesyuarat pertama pada 6 Julai 1985. Sebanyak 21 jenis sukan telah dicadangkan tetapi akhirnya hanya 16 jenis sukan yang dipertandingkan.

          SUKMA hingga kini adalah yang kesembilan dengan Sabah menjadi tuan rumah pada alaf baru dengan temanya ‘Gemilang di Alaf Baru’. SUKMA diadakan setiap 2 tahun sekali dengan penyertaan yang amat menggalakkan dari seluruh negeri semenjak pertama kali diadakan. Antara sukan – sukan yang dipertandingkan  dalam SUKMA ialah angkat berat, badmintaon, bola jarring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, golf, hoki, karate, boling padang, gimnastik yang terbahagi kepada artistik dan gimrama, skuasy, memanah, pencak silat, perahu layar, ping pong, ragbi, sepak takraw, aquatik yang terbahagi kepada renang, terjun, polo air dan  renang berirama, olahraga, tennis, ten pin boling serta tinju.

          Sukan Malaysia (SUKMA) mempunyai objektif-objektif tertentu untuk menjadikan sukan yang berpestij. Antara objektif-obektif yang terkandung dalam SUKMA ialah mencungkil bakat atlit-atlit remaja yang sekian lama terpendam di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan lagi penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan. Selain itu, mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutamanya dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan. Bagi menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian agar melahirkan pegawai yang berpengalaman dan bertauliah seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal dan pentadbir-pentadbir sukan. Di samping itu, menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru dan berkualiti serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah. Setelah itu, SUKMA juga menjadi asas pemilihan atlit-atlit bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa di masa hadapan dan menjadikan SUKMA ini sebagai satu usaha meningkatkan lagi integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.

           Cara pengelolaan SUKMA diadakan mengikut negeri yang telah ditentukan. SUKMA I diadakan PADA 9 hb hingga 16 hb April 1986 di Kuala Lumpur dan merupakan SUKMA pertama dilangsungkan, seramai 17 kontingen dan 4552 atlit yang menyertai sukan ini. SUKMA II juga turut diadakan di Kuala Lumpur pada 9 hb sehingga 12 hb November 1988 yang mana bilangan jenis sukan terdapat dalam SUKMA II sebanyak 18 jenis. Seramai 17 kontingen dan 4995 atlit yang menyertai sukan ini. Setelah itu, SUKMA III diadakan di Sarawak iaitu pada 18 hb sehingga 27 Julai 1990 dan seramai 16 kontingen dan 3426 atlit menyertainya. Manakala SUKMA IV diadakan di Johor bermula 2 hb sehingga 12 hb Julai 1992 dimana seramai 17 kontingen dan 5151 atlit menyertai sukan ini. SUKMA V pula diadakan pada 9 hb sehingga 18 hb Jun 1994 yang diadakan di negeri Perak. Seramai 17 kontingen dan 5664 atlit yang terlibat dalam SUKMA ini. Pada 1 hb sehingga 10 hb Jun 1996, tuan rumah bagi SUKMA VI ialah negeri Pahang yang meliputi seramai 17 kontigen dan 6495 atlit yang terlibat. Seramai 16 kontigen dan 5028 atlit telah menyertai SUKMA VII pada 17 hb sehingga 26 hb 1998 yang diadakan di negeri Selangor. SUKMA VIII diadakan di negeri Pulau Pinang pada 25 hb Mei sehingga 4 Jun 2000 yang melibatkan sebanyak 19 kontingen dan 5875 atlit dalam sukan ini, yang mana sukan ini menggunakan sistem secara ‘Bidding” yang terakhir dalam penganjuran SUKMA. Oleh itu, Majlis Sukan Negara Malaysia telah menggunakan SUKMA V, VI, dan VII ini sebagai gelanggang untuk mengenal pasti atlit-atlit muda yang berpotensi untuk diasuh sebagai persiapan negara untuk menghadapi Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Sementara itu, SUKMA IX diteruskan lagi di negeri Sabah yang diadakan pada 7 hb sehingga 14 hb September 2002 dimana seramai 20 kontingen dan 5000 atlit yang menyertai sukan ini. SUKMA IX di Sabah ini adalah yang pertama dipilih dalam penganjuran SUKMA yang menganjurkan sukan secara sistem ‘Zoning’. Negeri Sabah diletakkan dalam Zon I yang mengandungi negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi SUKMA terbaru ini iaitu SUKMA IIX, bagi tahun 2006 akan dilangsungkan di negeri Kedah.



3.     Sukan SEA        

          Selepas Sukan Asia ke-3 (22 Mei 1958), Thailand mencadangkan negara-negara Asia Tenggara untuk mengadakan satu persekutuan yang dikenali sebagai South East Asian Peninsular Games Federation – SEAP Games Federation. Cadangan ini dipersetujui oleh beberapa negara Asia Tenggara. Sukan SEA ini bertujuan bagi mengukuhkan lagi persahabatan, persefahaman dan permuafakatan sesama negara dan satu lagi tujuan ialah mempromosikan pencapaian, teknik dan taktik atlit-atlit untuk mencapai tahap yang lebih tinggi di peringkat Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

          Sikan SEA telah dirasmikan di Bangkok, Thailand pada Jun 1959 dengan Parahat Saruxtiara sebagai Pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara yang pertama. Kini, Persekutuan Sukan Asia Tenggara dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Timor Timur, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

          Sukan SEA merupakan sukan untuk negara-negara Asia Tenggara. Ini bermakna negara bukan anggota ASEAN boleh menyertai sukan ini. Sukan ini diadakan setiap 2 tahun. Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 2001 (Sukan SEA ke-21) iaitu di Kuala Lumpur.


4.     Sukan Komanwel

Sukan Komanwel merupakan sukan yang melibatkan negara-negara Komanwel atau Negara-negara yang pernah dijajah oleh British. Pada tahun 1950, Malaysia telah menyertai Sukan Komanwel untuk pertama kalinya. Malaysia telah memenangi 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Pada tahun 1954, Malaysia tidak menyertai Sukan Komanwel kerana mengalami kekurangan sumber kewangan. Pada  21 Julai 1992, Negara-negara Komanwel telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Kuala Lumpur untuk menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel XVI pada tahun 1998. Sukan Komanwel XVI ( KL ‘98 ) di Kuala Lumpur, Malaysia telah menduduki tempat keempat adalah sesuatu yang  sungguh membanggakan, malah memeranjatkan pengkritik. Ini juga merupakan satu prestasi terbaik dalam sejarah penyertaan Negara.     

Pada tahun 2002, Manchester menjadi tumpuan untuk menganjurkan Sukan Komanwel. Malaysia telah mendapat 7 pingat emas, 9 pingat perak dan 18 pingat gangsa. Kini tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum temasya Sukan Komanwel Melbourne membuka tirainya selama 12 hari dari 15 hingga 26 Mac. Tidak seperti Sukan Olimpik dan Sukan SEA, di mana temasya sukan paralimpik diadakan sebaik sahaja temasya berakhir tetapi Sukan Komanwel menggabungkan acara sukan untuk atlet elit orang kurang upaya bersekali dengan acara sukan yang dipertandingkan pada temasya itu. Ini bermakna sebarang pingat yang diperoleh atlet elit orang kurang upaya akan dikira dalam jumlah pungutan pingat bagi negara pada temasya berkenaan. Pada temasya Sukan Komanwel kali ke-18, tuan rumah Melbourne mempertandingkan 4 jenis sukan bagi atlet elit orang kurang upaya dengan 12 acara - renang 50m dan 100m (lelaki dan wanita); ping pong berkerusi roda wanita dan angkat berat lelaki. Sementara dalam acara olahraga Ñ 100m cacat penglihatan; 200m cacat anggota dan lontar cakera bagi lelaki dan 100m palsi serebrum; 800m berkerusi roda dan lontar peluru bagi atlet wanita. Pengenalan penggabungan acara sukan bagi atlet paralimpik dalam Sukan Komanwel dilakukan pada 1994 di Victoria, Kanada. Bagaimanapun, semasa Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998, tiada acara untuk atlet kurang upaya diadakan. Kesinambungan usaha itu kemudian diteruskan pada temasya 2002 di Manchester, England.


5.Sukan Asia

          Malaysia telah menyertai Sukan Asia pertama kali ianya diadakan iaitu pada tahun 1951 dan merupakan sukan yang kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik serta melibatkan hampir separuh daripada populasi dunia. Sukan ini juga diadakan empat tahun sekali. Sukan Asia yang pertama diadakan di New Delhi, India dan 11 negara yang telah menyertainya iaitu Afghanistan, Burma, India, Indonesia, Iran, Jepun, Nepal, filipina, Singapura, Sri lanka dan Thailand. Sukan yang dipertandingkan pada masa itu adalah olahraga, renang, bola kerangjang, berbasikal, bola sepak dan angkat berat. Pada masa itu Jepun telah menduduki tempat pertama diikuti oleh Negara India dan Iran. Pada tahun  1954, Sukan Asia yang kedua diadakan di Manila, Filipina dengan sebanyak 19 negara telah menyertai sukan ini dan seramai 970 atlet semuanya. Pada masa itu terdapat 8 jenis sukan dipertandingkan dimana sukan berbasikal tidak dipertandingkan dan di tambah dengan sukan tinju, menembak dan gusti. Sekali lagi Jepun telah menjuarai Sukan Asia diikuti oleh Negara Filipina dan Korea. Sukan Asia yang ketiga diadakan di Tokyo, Jepun iaitu pada tahun 1958 dan seramai 1422 orang atlet dan sebanyak 20 buah Negara yang menyertai sukan ini. Sukan yang ditambah msuk dalam sukan ini ialah tenis, bola tamper, ping pong, hoki dan berbasikal. Pada masa itu juga sukan badminton dan judo telah didemonstrasikan dan pembakaran obor telah dipersembahkan buat pertama kalinya. Tempat pertama dimenangi oleh Jepun sendiri diikuti oleh Negara Filipina dan China.
Sukan Asia yang keempat diadakan di Djakarta, Indonesia pada tahun 1962. jumlah Negara yang menertai sukan ini telah menurun kepada 16 buah Negara. Jepun telah menjuari sukan ini diikuti oleh Negara India dan Filipina. Namun, Malaysia juga mencatat sejarah melalui jaguh pecut Negara, Jegathesan memenangi pingat emas pertama dalam acara 200 meter sekaligus memecahkan rekod Sukan Asia dengan kelajuan 21.3 saat. Pada tahun 1966, Sukan Asia yang kelima telah diadakan di Bangkok, Thailand dan sebanyak 18 negara yang menyertainya dan dijuarai oleh Jepun diikuti oleh Negara Korea dan Thailand. Sukan Asia yang keenam juga diadakan di Bangkok, Thailand dan sebanyak 18 negara yang telah menyertainya dan jumlah atlet adalah sebanyak 2500. terdapat 13 sukan iaitu sebanyak 135 acara telah dipertandingkan. Sukan yang ditambah adalah sukan belayar. Jepun telah menjuarainya diikuti oleh Negara Korea dan Thailand. Sukan Asia yang ketujuh diadakan di Theran, Iran pada tahun 1974. sukan ini buat pertama diadakan di bahagian Timur Asia. Pada masa itu kawalan keselamatan telah diperketatkan. Ini disebabkan oleh berlakunya permbunuhan atlet-atlet dari Israel semasa Sukan Olimpik yang ke-20 di Munich pada tahun 1972. sebanyak 25 negara yang telah menyertai sukan ini dan sejumlah 3010 atlet dan pegawai yang terlibat. Terdapat 16 jenis sukan iaitu melibatkan 182 acara yang dipertandingkan. Sukan bermain pedang dan gimnatik. Jepun telah menjuarainya diikuti oleh Negara China dan Korea. Sukan Asia yang kelapan diadakan di Bangkok, Thailand pada tahun 1978. Sukan ini sepatutnya diadakan di Islamabad, Pakistan tetapi disebabkan mempunyai masalah politik dan kewangan maka telah diadakan di Thailand. Sebanyak 25 negara yang telah menyertai sukan ini iaitu sebanyak 3842 atlet dan pegawai sukan yang terlibat. Sebanyak 19 jenis sukan iaitu 201 acara telah dipertandingkan. Sukan yang baru dibawa masuk adalah sukan memanah dan bowling. Jepun telah menjuarainya diikuti oleh China dan korea.

          Sukan Asia yang kesembilan diadakan di New Delhi, India pada tahun 1982. sebanyak 33 buah Negara yang menyertainya dan merupakan jumlah terbesar dalam sejarah Sukan Asia. Seramai 4595 orang atlet dan pegawai sukan yang terlibat dan pada masa itu  sebanyak 21 jenis sukan iaitu 147 acara telah dipertandingkan. Sukan yang dibawa masuk adalah sukan bola baling, equestrian, mendayung dan golf manakala sukan bermain pedang dan bowling tidak lagi dipertandingkan. Pada kali ini China telah menjuarinya diikuti oleh Jepun dan korea. Sukan Asia yang kesepuluh diadakan di Seoul, Korea pada tahun 1986. seramai 4835 orang atlet dan pegawai sukan yang telah terlibat. Pada masa itu sebanyak 25 sukan iaitu 270 acara telah dipertandingkan. Sukan yang dibawa masuk adalah sukan judo dan taekwondo. China telah mnjuarainya diikuti oleh Jepun dan Korea. Sukan Asia yang kesebelas diadakan di Beijing, China pada tahun 1990. sebanyak 37 negara yang menyertai sukan ini dan seramai 4755 orang atlet dan pegawai sukan yang terlibat. Terdapat 27 jenis sukan iaitu 308 acara telah dipertandingkan. Sukan baru yang dibawa masuk adalah sukan softball, sepak takraw, wushu, kabaddi dan mendayung. China telah menjuarai sukan ini diikuti oleh Korea dan Jepun. Sukan Asia yang keduabelas diadakan di Hiroshima, Jepun pada tahun 1994dan sebanyak 42 negara telah menyertai sukan ini. Sebanyak 6828 orang atlet termasuk pegawai sukan yang terlibat. China talh menjuarai sukan ini diikuti oleh Korea dan Jepun. Sukan Asia yang ketigabelas diadakan di Bangkok, Thailand pada tahun 1998 dan sebanyak 42 buah Negara telah menyertainya. Seramai 6554 orang atlet dan pegawai sukan yang terlibat. Sukan yang baru dibawa masuk adalah sukan ragbi, billiard, snooker dan squash. China elah menjuarai sukan ini diikuti oleh Korea dan jepun. Sukan Asia yang keempatbelas diadakan di Busan, Korea Selatan pada tahun 2002 dan sebanyak 44 buah Negara yang telah menyertainya. Sebanyak 38 jenis sukan iaitu 420 acara semuanya telah dipertandingkan. China telah menjuarai sukan ini diikuti oleh Korea dan Jepun.


6.     Sukan Olimpik

          Malaysia pertama kali terlibat dalam Sukan Olimpik iaitu pada tahun 1956 di Malbourne. Atlit-atlit Malaysia telah mengambil bahagian dalam acara hoki, renang, olahraga dan angkat berat. Pada tahun 1980, Malaysia telah memulau dan membantah ke atas tuan rumah iaitu Negara Russia, yang ketika itu telah melakukan tindakan menceroboh Afganistan. Pencapaian Negara Malaysia pada Sukan Olimpik ini amat memberangsangkan kerana atlit-atlit Malaysia iaitu Datuk M. Jegathsan layak masuk ke separuh akhir dalam acara larian 200 meter dan Istaq Mubarak, dalam acara 100 meter lari berpagar. 


No comments:

Post a Comment