Seperti apa yang kita sedia maklum, pengurusan sukan merupakan satu cabang sains sukan yang melibatkan proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu juga, Kelly, Blanton dan Bertel (1990) telah mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Subjek pengurusan sukan ini merupakan subjek teras program kos sains sukan. Melalui pembelajaran dan penyelidikan yang telah kami lakukan terhadap apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang kami dapati dalam pengurusan sukan ini ialah ia dapat mengajar kami dalam mengendali dan mengatur apa juga kejohanan sukan yang dianjurkan. Subjek ini juga memberi pengetahuan asas berkaitan pengurusan sukan selain didedahkan mengenai tugas, serta fungsi pengurus di sesebuah organisasi sukan. Berikutan itu, Dalam subjek ini kami akan diberi penerangan mengenai amalan terkini dalam pengurusan sukan, Kemahiran pengurusan, peranan dan fungsi pengurus sukan dan perancangan strategik dalam pengurusan sukan. Oleh itu, setelah mempelajari segala aspek dalam pengurusan sukan ini kami secara tidak langsung mempunyai pengetahuan asas mengenai kemahiran, tugas, peranan dan fungsi pengurus sukan di samping mempunyai kefahaman tentang amalan terkini dalam pengurusan sukan dan memperoleh pengetahuan dalam menjana pengurusan yang profesional dalam organisasi sukan kelak. Dalam kursus ini juga kami di kehendaki menjalnkan sesi temu bual dengan mana-mana produk sukan untuk tugasan kami sepuaya kami lebih mengenali bagaimana sesuatu organisasi produk sukan berfungsi.
sesi temu bual kami dengan pengurus produk sukan skechers
lokasi kedai ini 1 Borneo Sabah
kasut jenis skechers adalah kasut yang bermutu tinggi di ubah suai mengikut keselesaan dan harga paling murah RM 250 namun kadang kala mencecah Rm 700
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Anatomi dan fisiologi untuk ilmu sukan Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bio-perubatan.
Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
§ sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya.
§ sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus.
§ sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah.
§ sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas.
§ sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan.
§ sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak.
Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.
KURSUS KESIHATAN DAN KECERGASAN
Bagi kursus kesihatan dan kecergasan fizikal ,pelajar sains sukan akan di ajar berlandaskan objektif seperti mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, dan komposisi badan, memahami faedah, kaedah dan kesan latihan setiap komponen kecergasan ,melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan kecergasan untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal, mengaplikasikan kemahiran asas dalam bersukan di dalam bentuk pergerakan yang lagi kreatif dengan betul dan selamat dan dapat mengetahui memahami dan mengaplikasikan peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan. Dalam kursus ini juga pelajar akan di latih dari segi fizikal dan kemudian akan satu ujian fizikal kepada mereka dan dimasukkan markah penilaian kursus mereka. Kursus ini menarik kerana kuliah di jalan kan bukan hanya di kelas sahaja sebaliknya kuliah turut di jalankan di stadium ums dan ini dapat memberi pelajar melepaskan stress mereka yang seharian belajar berlandaskan teori di kelas.
SEMASA KELAS KECERGASAN
SEMASA KELAS KECERGASAN
SUKAN PRESTASI TINNGI(RENANG)
Kursus ini adalah salah satu subjek teras dalam mengambil ijazah sains sukan UMS di mana pelajar akan menghadiri kuliah renang di stadium likas sekali dalam seminggu. Walaupun pelajar tersebut tidak pandai berenang pada asalnya namun apabila memasuki kelas ini mereka akan di ajar cara berenang oleh jurulatih renang yang berkemahiran secara berkumpulan. Bagi pelajar yang sukar untuk berenang mereka akan di ajar secara individu oleh jurulatih tersebut , jika pelajar tersebut berkeinginan untuk belajar. Semasa kelas ini pelajar akan belajar, renang gaya kupu-kupu, kuak dada, kuak lentang dan gaya bebas. Selain itu, mereka akan di ajar cara menyelam dan menyelamatkan mangsa lemas dengan cara yang betul selama 15 minggu dan selepas itu akan ada ujian renang yang di lakukan ke atas pelajar sebagai markah ujian mereka. Kelas ini amat menarik sekali kerana ramai pelajar yang tidak pandai renang pada masa kini , walaupun pelajar tersebut atlet balapan tetapi bila memasuki kelas ini mereka memerlukan kesabaran yang tinggi dan keyakinan yang tinggi untuk berani berenang di kawasan air yang dalam dan hal ini sebenarnya bukan lah mudah kerana jika tidak dapat mengawal ketakutan untuk lemas , maka tubuh akan tidak tenang dan gaya gerakkan kayuhan tangan dan kaki semasa renang akan terjejas . Maka pengawalan minda untuk tubuh berenang dalam keadaan yang tenang adalah amat di titik beratkan dalam kursus ini di sambil kursus ini memberikan motivasi kepada pelajar agar sentiasa mencuba sesuatu yang baru .
kelas renang batch julai 2011
semasa menungu bas ums sampai lepas kelas renang
terjun papan anjal
kelas renang stadium likas sabah
semasa menungu bas ums sampai lepas kelas renang
terjun papan anjal
latihan renang wanita di kolam kecil likas
kelas renang stadium likas sabah
kenangan tamat kelas renang
Sosiologi Sukan
Kurusus Sosiologi Sukan ialah satu kursus atau bidang kajian yang
mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku
dalam sukan. Hal ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud
antara individu, dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru
matapelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar, penonton, pengurusan dan media. Dalam
kursus ini juga, pelajar dapat dilatih untuk menggunakan minda dan pemikiran
kritikal untuk melakukan tranformasi terhadap sesuatu sukan. Tranformasi yang
dimaksudkan disini ialah, pelajar perlu memilih satu sukan dan melakukan
tranformasi terhadap sukan tersebut agar ia menjadi budaya kepada masyarakat.
PSIKOLOGI SUKAN
Kursus Psikologi Sukan yang kami pelajari di UMS ialah yang berkaitan
minda dan sifat dalaman seseorang atlet. Psikologi Sukan boleh ditakrifkan
sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu
aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dengan aktiviti sukan tersebut. Menurut
Cox (1998), psikologi sukan adalah satu bidang sains dan prinsip-prinsip
psikologi yang diaplikasikan dalam sukan. Menurut Weinberg dan Gould (1999)
pula, psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia
dan perlakuannya dalam konteks sukan dan pergerakan. Kursus ini membolehkan
kita menyatakan sesuatu tingkah laku seseorang atlet dan menerangkan tingkah
laku tersebut serta membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.
No comments:
Post a Comment