Search This Blog

Wednesday 16 May 2012

KERJAYA SAINS SUKAN


 Bertemu kita kembali di ruangan kerjaya....Ruangan kali ini lebih menarik lagi kerana saya akan menceritakan kehidupan kerjaya golongan sains sukan... Sains sukan adalah satu jurusan yang luas dimana ia boleh dibahagikan kepada beberapa cabang iaitu:

• Guru/pensyarah sukan
• Atlit sukan
• Jurulatih
• Pengurus sukan

     Sains sukan secara khususnya suatu proses yang mendalami ilmu pengetahuan diluar skop sukan kepada suatu pembelajaran yang menggabungkan dua proses atau bidang iaitu sains dan sukan. Mengikut peredaran masa kini, majoriti daripada pelajar sains sukan akan memilih atlit sebagai satu kerjaya dalam kehidupan mereka. Manakala bagi mereka yang mengambil jurusan Sains serta Pendidikan (Sains Sukan), mereka akan lebih menjurus ke arah kerjaya seorang guru.

     Selain itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam golongan sains sukan iaitu:

• Mempunyai disiplin diri yang sangat tinggi
• Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
• Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan (atlit)
• Menjaga kesihatan fizikal dan mental

No comments:

Post a Comment